Thursday, September 1, 2016

peppermint

Hi EO Peppermint.

Saya nk cite sikit pasal satu jenis EO ni. PEPPERMINT namanya a.k.a PUDINA.Memang biasa dengar kan. Ianya digunakan dalam ubat gigi, chewing gum, sweets,mouth wash, tea peppermint pun ada. Malah dalam penyediaan makanan seperti ice-cream.

Peppermint atau nama scientific, Mentha Piperita antara tanaman herbal yang tertua dan termasuk dalam keluarga Labiatae. Mint atau Peppermint popular sejak dulu lagi kerana aromanya yang menyegarkan dan khasiatnya.
Kandungan yang terdapat pada daun Peppermint adalah:
1. Mengandungi vitamin A dan provitamin A
2. Mengandungi asam salisilat
3. Mengandungi vitamin C, E dan B komplex
4. Mengandungi fosfor, zat besi, kalsium dan potassium

Antara manfaat daun mint untuk manusia :
1.    anti-inflammatory dan anti-viral, dikatakan Peppermint boleh digunakan bagi membasmi bakteria.
2.    Ianya dapat mengubati masalah jerawat,gatal gatal kulit, luka, jangkitan, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
3.    Menyegarkan nafas ,menghindari bau mulut dan sakit tekak.
4.    Mengubati sakit perut dan memperbaiki sistem pencernaan
5.    Membantu otot pencernaan untuk rileks dan mengatasi keram serta dapat meredakan sindrom usus dan sembelit
6.    Aroma mint dapat mencegah depresi dan menghilangkan stress serta dapat mengubati gangguan pernafasan
7.    Penyelidikan menunjukkan Peppermint memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Hi Peppermint.
Pertama kali diperkenalkan kepada peppermint ni, saya mencubanya di mana dititiskan di tapak tangan, dihidu dan disapu dileher. Terasa sangat segar dan rasa mentholnya membuatkan saya rasa nyaman. Terus jatuh cinta hiduan pertama.
Saya menggunakannya hampir setiap hari terutama ketika saya penat, stress, otak kurang berfungsi sikit semasa di office.Terutama selepas tengahari. Saya juga menggunakannya semasa saya selsema, sakit kepala dan demam. Ternyata ianya pengurangkan hidung yang tersumbat ni. Sejuk je rasa hidung.Nyamannya... Oleh kerana saya membawa peppermint ke mana-mana, ianya menjadi pilihan bila terkena gigitan nyamuk. Kulit manja.. Nyamuk hinggap terus ada tattoo.
Saya mencari lagi apakah fungsi peppermint dalam kehidupan seharian. Saya dapati ianya boleh membantu kurangkan berat badan. Memang ini la yang dicari. Maklum la,lepas lahirkan Muaz Akif secara ceaserian, lemak tepu liat sikit nak lari pergi dari tubuh ni dimana gabungan Peppermint, Lemon dan Grapefruit memang membantu.
Menthol yang terdapat didalam Peppermint membantu penghadaman dengan menenangkan otot otot perut dan memudahkan pengaliran hempedu yang membantu menghancurkan lemak. Ia menggurangkan angin dan tiada lagi perut kembung.Hehehe.
Saya juga menggunakanya untuk mengurangkan bau nafas. Al maklum la, petai kan sedap. Hehehe. Abang saya pula gunakan untuk kurangkan bau mulut kerana merokok.
Banyak betul kegunaannya. Memang berbaloi- baloi.. Jom cuba.. Young Living Essential Oil Pepermint bersama Aromah Team  


No comments:

Post a Comment