Hi EO Peppermint.
Saya nk cite sikit pasal satu jenis EO ni. PEPPERMINT namanya
a.k.a PUDINA.Memang biasa dengar kan. Ianya digunakan dalam ubat gigi, chewing
gum, sweets,mouth wash, tea peppermint pun ada. Malah dalam penyediaan
makanan seperti ice-cream.
Peppermint atau nama scientific,
Mentha Piperita antara tanaman herbal yang tertua dan termasuk dalam keluarga
Labiatae. Mint atau Peppermint popular sejak dulu lagi kerana aromanya yang
menyegarkan dan khasiatnya.
Kandungan
yang terdapat pada daun Peppermint adalah:
1.
Mengandungi vitamin A dan provitamin A
2.
Mengandungi asam salisilat
3. Mengandungi vitamin
C, E dan B komplex
4. Mengandungi fosfor,
zat besi, kalsium dan potassium
Antara
manfaat daun mint untuk manusia :
1. anti-inflammatory
dan anti-viral, dikatakan Peppermint boleh digunakan bagi membasmi bakteria.
2.
Ianya dapat mengubati masalah jerawat,gatal gatal kulit, luka,
jangkitan, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
3.
Menyegarkan nafas ,menghindari bau mulut dan sakit tekak.
4.
Mengubati sakit perut dan memperbaiki sistem pencernaan
5.
Membantu otot pencernaan untuk rileks dan mengatasi keram serta
dapat meredakan sindrom usus dan sembelit
6.
Aroma mint dapat mencegah depresi dan menghilangkan stress serta
dapat mengubati gangguan pernafasan
7.
Penyelidikan menunjukkan Peppermint memiliki kemampuan sifat
anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
Hi Peppermint.
Pertama kali diperkenalkan kepada peppermint ni, saya mencubanya
di mana dititiskan di tapak tangan, dihidu dan disapu dileher. Terasa sangat
segar dan rasa mentholnya membuatkan saya rasa nyaman. Terus jatuh cinta hiduan pertama.
Saya menggunakannya hampir setiap hari terutama ketika saya
penat, stress, otak kurang berfungsi sikit semasa di office.Terutama selepas tengahari. Saya juga
menggunakannya semasa saya selsema, sakit kepala dan demam. Ternyata ianya pengurangkan hidung
yang tersumbat ni. Sejuk je rasa hidung.Nyamannya... Oleh kerana saya membawa peppermint ke mana-mana, ianya
menjadi pilihan bila terkena gigitan nyamuk. Kulit manja.. Nyamuk hinggap terus ada tattoo.
Saya mencari lagi apakah fungsi peppermint dalam kehidupan
seharian. Saya dapati ianya boleh membantu kurangkan berat badan. Memang ini la
yang dicari. Maklum la,lepas lahirkan Muaz Akif secara ceaserian, lemak tepu
liat sikit nak lari pergi dari tubuh ni dimana gabungan Peppermint, Lemon dan
Grapefruit memang membantu.
Menthol yang terdapat didalam Peppermint membantu penghadaman dengan
menenangkan otot otot perut dan memudahkan pengaliran hempedu yang membantu
menghancurkan lemak. Ia menggurangkan angin dan tiada lagi perut
kembung.Hehehe.
Saya juga menggunakanya untuk mengurangkan bau nafas. Al maklum
la, petai kan sedap. Hehehe. Abang saya pula gunakan untuk kurangkan bau mulut
kerana merokok.
Banyak betul kegunaannya. Memang berbaloi- baloi.. Jom cuba..
Young Living Essential Oil Pepermint bersama Aromah Team