Wednesday, August 10, 2016

Entah apa istimewanya eo Lemon..

Hi semua!

Saya dijemput untuk menulis di dalam blog ini bagi menceritakan pengalaman saya menggunakan essential oils dari Young Living.

Sekarang ni kalau anda perasan, bila tengok dalam FB news feed je, semakin ramai pula orang yang mula berkongsi tentang essential oils / minyak pati dari Young Living, kan?

Well, apa yang best sangat dengan minyak pati YL ni? Sejujurnya, pada awal pembabitan saya dengan dunia minyak pati ni, memang ilmu di dada tu cetek dan tak berapa tahu tentang keistimewaan dan kelebihan menggunakannya. Saya banyak belajar melalui pembacaan dan perkongsian dari rakan-rakan FB dan Pinterest.

KENAPA SAYA PILIH YOUNG LIVING? 

Ini memang soalan favourite. Terus terang ciri-ciri minyak pati pilihan saya tentulah yang ASLI, BERKUALITI dan SELAMAT untuk digunakan seisi keluarga. Dan Alhamdulillah, Young Living beri saya lebih daripada apa yang saya mahukan.

Secara ringkas, saya pilih untuk menggunakan essential oil Young Living kerana 3 perkara :-

1. SEAD TO SEAL 

Young Living adalah satu-satunya organisasi minyak pati yang saya tahu mempunyai ladang dan kilangnya sendiri. Unlike syarikat atau organisasi yang mengeluarkan jenama minyak pati mereka, kebarankalian essential oil itu direpack semula adalah tinggi dan kualiti yang saya sendiri tak boleh nak guarantee. Doakan saya dapat ke ladang YL tahun depan ya!

Sead to Seal

2. THERAPUETIC GRADE ESSENTIAL OIL 

Saya dapati, essential oil keluaran YL ni adalah essential oil gred paling tinggi dalam ranking essential oil. Bukan sahaja setakat kita sebagai pengguna mendapatkan ketenangan dari bau aromaterapinya, tetapi essential oil YL membantu improvise kondisi emotional state seseorang. Malahan, ada yang turut menggunakan essential oil YL ni untuk tujuan perubatan alternative, terutamanya untuk anak-anak istimewa (Autism, Celebral Palsy, Speech Delay etc) , Stroke, Cancer dan pelbagai hal berkaitan kesihatan lagi. Saya sendiri bila menggunakan minyak pati ini merasai perbezaan dengan emosi yang lebih stabil dan kesihatan keluarga yang bertambah baik. Of course, ianya juga seiring dengan penjagaan pemakanan dan lifestyle kita sehari-hari ya.

3. SISTEM SOKONGAN KUMPULAN YANG BAGUS 

Dalam erti kata lain, Support Group atau EO Team ini memang memberi impak yang lebih luarbiasa bila saya menggunakan minyak pati YL. Tanpa adanya Support Group yang selalu berkongsi tips dan tatacara penggunaan essential oil, sudah tentu pengalaman menggunakan minyak pati ini tidaklah seseronok mana. Kadangkala, saya dapati hanya dengan membaca pengalaman kawan-kawan yang sama dalam Support Group membantu saya untuk lebih faham tentang penggunaan essential oil. Tambahan pula, dalam Support Group (Team Aromah), ramai ibu-ibu khususnya yang tidak lokek ilmu pengetahuan dan perkongsian sesame kami. Saya juga sangat rasa bertuah sebab ada di antara kami yang berlatarbelakangkan ahli perubatan, farmasi dan juga therapist. Betapa bertuahnya saya!

ESSENTIAL OIL PILIHAN SAYA 

Dalam kit Everyday Oils by Young Living, ada 10 jenis minyak pati ceconet 5ml.

Salah satu daripadanya adalah LEMON.

Lemon kebiasaanya kita gunakan untuk memasak, buat infused drinks dan lemonade (Oh! Sedapnya!) Kalau dalam sector kosmetik dan kecantikan, Lemon merupakan salah satu bahan aktif untuk mencerahkan kulit (Macam iklan produk Garnier). Lemon essential oil YL sangat istimewa disebabkan minyak yang dihasilkan adalah menggunakan keseluruhan buah Lemon itu sendiri. Ya! termasuk kulit, biji dan hampasnya!

Dalam 15ml Lemon eo YL pula, terkandung di dalamnya kebaikan 75 biji Lemon yang TERPILIH. Yang ditanam dan diekstrak sendiri formulanya oleh Dr Gary Young, founder Young Living. Paling BEST, Lemon eo ni walaupun harganya antara eo paling MURAH di YL, Lemon ada kelebihan yang tersendiri dan terbukti berkesan dalam hidup saya.

https://draxe.com/benefits-of-lemon-water/?utm_source=newsletter&utm_medium=email&utm_campaign=newsletter
Kredit kepada Dr Axe


APA YANG SAYA BUAT DENGAN LEMON EO YL?

Pengalaman saya menggunakan eo Lemon ni bermacam-macam sebenarnya. Tapi, cukuplah jika saya kongsikan dulu 3 kisah ringkas bagaimana Lemon ini membantu saya dalam kehidupan saya, agar para pembaca sekalian mendapat manfaatnya.

Kisah #1

Suami saya mengalami masalah batu karang. Tahun lepas, beliau 2 kali dimasukkan dan ditahan di wad disebabkan batu karang. Doktor menasihatkan saya untuk menjaga pemakanannya dan mengelakkan daripada mengambil makanan yang tinggi asid urik. Sejak bertemu Young Living, hidup saya bertambah mudah dan kesihatan suami juga terpelihara. Bagaimana? Saya menyuruh suami saya mengamalkan air Lemon setiap hari. Caranya mudah sahaja, setitik Lemon eo ke dalam segelas air pada waktu pagi dan malam. Hasilnya, setiap kali check up Doktor, ujian asid urik suami saya adalah dalam keadaan terkawal walaupun kadangkala beliau terbabas juga makan daging merah, udang, kambing dan lain-lain. Alhamdulillah.

Kisah #2

Adik saya didiagnos menghidap fibroadenoma, yakni ketulan pada payudara beliau. Setelah saya mendapatkan nasihat daripada sifu-sifu dalam Support Group Team Aromah, saya dinasihatkan untuk mengamalkan beberapa eo penting untuk adik saya dan antaranya adalah eo Lemon. Lemon sendiri di luar tubuh kita bersifat asidik, namun apabila masuk ke dalam tubuh, ia bertukar sifat kepada alkali. Bagi penghidap fibroademona, ketumbuhan atau fibroid, badan yang berasid akan mengakibatkan ketumbuhan bertambah besar atau banyak. Alhamdulillah, sejak mengamalkan Lemon eo (juga titis ke dalam air), ketulan pada payudara adik saya mengecut dari 3cm kepada 1.5cm.

Kisah #3

Saya sendiri seorang yang mengalami masalah pelawasan. Kadang-kala 2 ke 3 hari barulah dapat ‘membuang’. Sejak hadirnya Essential Oil Young Living dalam hidup saya, memang hidup jadi lebih mudah sebab saya jimat masa dan tenaga tanpa perlu cari Lemon di pasaraya setiap hari untuk survey harga dan balik potong Lemon untuk dijadikan infused drink. Bila ada Lemon eo, titis dalam 1 liter air dan minum sepanjang hari, saya sudah mula dapat membuang dengan lancar sehari 2 kali. Memang detox sangat-sangat! Usus dan perut yang sihat memang idaman setiap orang terutamanya saya sejak dulu lagi. Well, of course lah! Kalau tak membuang tu kan bahaya… toksik dan bahan buangan dalam badan boleh jadi racun dan penyakit tau..

KESIMPULAN 

Sebenarnya, banyak lagi kisah penggunaan eo Lemon saya ni. Mungkin di lain masa, saya akan cuba lagi untuk kongsikan kisah-kisah yang memberi manfaat dan panduan kepada anda semua. Secara peribadi, pokok pangkal untuk kita mulakan sesuatu itu tentulah dengan ilmu. Jadi, saranan saya, rajin-rajinkan membaca dan berkawanlah dengan orang yang ahli dalam bidangnya. Jika anda berminat dengan mana-mana produk Young Living dan sedang mencari Support Group yang sesuai dengan anda, mungkin anda boleh cuba untuk hubungi mana-mana ahli Team Aromah berhampiran dengan anda yang disenaraikan dalam blog ini [Klik The Advocates] (Kalau berkenan untuk hubungi saya pun boleh.. emailkan saja kpd ainsuffian@gmail.com) .Kita sama-sama belajar dan berkongsi manfaat menggunakan essential oil dalam kehidupan. Semoga tulisan saya pada kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Salam Satu Aroma :)

4 comments:

  1. Mohon maaf sy rs mcm pelik je semua jd sihat normal.xde pula dr yg suggest eo ni.nmpk mcm over claim.mohon proof kan dr segi perubatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh cuba rasa dan alami sendri

      Delete
    2. Allah jadikan penawar. Tinggal lagi kita berusaha mencari. Salah satunya mungkin eo ni. Yg penting serasi. Byk je pun ubat2 yg diluar sana penuh dgn bahan kimia. Wallahualam

      Delete
    3. Ni dah 2021 pelik lagi ke? Takkan doc nak recommend do? Kalau g kfc takkan org nak suggest u makan daging. Tapi bukan daging tak bagus.. tu sbb diorg kfc. Kalau tak faham jugak, kena belajar lagi. Dah ada yg bukan bahan kimia, dia cakap luar sana penuh ja. Ni lifesyle bukan perscription medition

      Delete